sorry to my readers because no new story because I was busy with the preparation of SPM 2012 ... so pray I get 9A + ... salam n bye!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

segmen AKU DAN FAKE LOVER oleh CIK GOJES...

wah lamanya era tak bukak blog nie...nak tahu kenapa era tak bukak blog sebab era sibuk dengan final exam maklumlah dah dekat dengan akhir tahun lorr ...hehe...cuba korang tengok era punye title post nie...mesti korang nak tahu kan pasal ni betul tak???korang tahu tak yang ni adalah yang first era masuk contest yang dianjurkan oleh CIK GOJES so era nak buad yang terbaik punya jadi era hwaiting!!!...

 mula-mula sekali era perlu letakkan gambar era dan gambar DYE dulu kemudian barulah era akan ceritakan kisah era and fake lover lorr...
no comment please!!!hehe and 

my fake lover!!!...
CHOI SIWON(SUPER JUNIOR)
amacam okey tak???hehe
jom kita mulakan...

hari ni hari ahad...hari yang membosankan sebab punyalah lama kena berdiri dekat tempat perhimpunan dari pukul 7.45 sampailah pukul 8.30...pergh memang kreng giler kaki ni sebab terlalu lama berdiri...selepas habis je perhimpunan semua murid kenalah masuk ke kelas untuk belajar...tik tok tik tok...masa untuk balik pulak...sampai je dekat pintu pagar sekolah,era rasa macam nak makan snek pulak jadi era pon pegi lah ke kedai untuk beli snek...ketika nak melintas jalan untuk ke kedai,entah macam mana era tak perasan pada sebuah kereta yang sedang menghala ke arah era dan bunyi hon kereta tu telah mengejutkan era.serentak dengan tu kedengaran bunyi tayar bergeseran dengan jalan.era menekup telinga.mata era terpejam rapat dan era terduduk dekat atas jalan kerana terkejut yang teramat sangat...
“adik,adik tak apa-apa ke?”kedengaran satu suara lelaki di telinga era...Biler era bukak je mata kelihatan seorang pemuda berkaca mata gelap sedang tunduk memandang era...Dalam ketakutan yang bersisa-sisa ni,era mengangguk-gangguk.sekilas,era mengerling kereta milik pemuda tu yang berhenti di depan era...
“Betul ni tak ada apa-apa?”soal pemuda tu meminta kepastian.Wajahnya jelas kelihatan bimbang dan kaca mata yang dipakai tadi ditanggalkan menyerlahkan parasnya yang sebenar...
Era terpaku seketika.Namun,cepat-cepat era tersedar lantas bangun menyapu-nyapu tapak tangan era...
“Betul.saya okey,”balas era terpinga-pinga sambil menggosok-gosok siku yang terasa sakit...
“Tak ada cedera apa-apa ke?”si lelaki tu masih kelihatan cemas.
“Tak...tak ada.Betul tak ada.”bersungguh-sungguh era menggeleng.
“Mintak maaf,ye?salah saya jugak tadi tak tengok betul-betul sebelum melintas.”
“Tak,tak...abang pon salah jugak sebab bawak kereta laju-laju kat kawasan ni.Tapi,betul ni adik tak cedera apa-apa?”
Untuk kesekian kali era mengganguk.Baiknya budi bahasa lelaki ni,desis era dalam hati...
“erm...kalau boleh abang nak nombor telefon adik boleh?”...bukan apa abang nak nombor  telefon  adik ni sebab nak tanya kalau-kalau ada cedera kat mana –mana lagi ke?...
Era pon apalagi bagilah nombor telefon era kat dia...dah orang tu nak...kita kena kasilah kat dia nanti melepas pulak...betul tak?desis era dalam hati lagi...
“Okeylah...kalau tak ada apa-apa lagi,abang pergi dulu.Lain kali hati-hati ye?”pesan pemuda tu lantas masuk ke dalam kereta.Sebelum beredar,dia sempat melemparkan senyuman buat era...pergh rasa macam nak terbang je lah...Tapi era tak jadi nak beli snek sebab perasaan terkejut tu masih ada dan era pon baliklah ke rumah...
Selepas je sembahyang isyak era terus buad kerja sekolah sains sebab cikgu sains era iaitu cikgu junaida suruh hantar kerja dia esok kalau tak comfirm kena marah beb...Tengah syok-syok buad kerja sekolah ni,tup-tup ada panggilan masuk daripada nombor yang era tak kenal langsung pulak tu...isk kacau daun betul lar telepon ni...Era pon apalagi jawab lar...
“helo,sapa ni?”Tanya era kepada orang yang telefon tu...
“hai,saya orang yang hampir melanggar awak tengahari tadi tu...”jawab orang itu...
“ooo... awak rupanya saya ingatkan orang gila mana pulak yang telefon saya malam-malam buta ni...”jawab era pulak...
“boleh saya tanya nama awak apa?”Tanya pemuda itu...
“Nak tahu nama saya apa,nama saya ialah era dan nama awak pulak?”...balas era...
“Nama saya ialah choi siwon and call me siwon ye?”jawab si siwon ni pulak...
“Okey...saya terima”jawab era...Sejak dari tu hampir setiap hari era dan siwon bercakap dalam telefon dan memakan masa berbulan-bulan jugaklah...sampailah satu hari tu si siwon ni tak call era macam biasa malah era telefon pon dia tak angkat...era pon bimbanglah takut apa-apa yang tak elok terjadi pada dia...Untuk menyejukkan hati yang gusar memikirkan hal siwon...era hanya memikirkan kemungkinan siwon tu sibuk dengan urusan peribadi atau kerja kot...selepas tu era terus masuk tidur kerana dah hampir pukul 1.30 malam...
Ketika nak melelapkan mata tetiba ada panggilan masuk.Dengan perasaan malas era terus mengambil telefon untuk tengok nombor siapa yang masuk...selepas era tengok je secara automatik mata era terbukak dengan begitu luas dan terus menjawabnya tanpa berlengah lagi...
“Helo...”jawab siwon sebaik sahaja era menekan butang hijau...
“helo,kenapa awak tak angkat telefon awak biler saya call awak?awak tahu tak yang saya risau yang teramat sangat biler awak tak angkat telefon awak tu”marah era kepada siwon...
“awak rindu saya ke?”jawab siwon dengan nada romantis...
Sebaik sahaja dengar ayat itu era terus diam tanpa berkata apa-apa
“Kenapa diam?”...tanya siwon lagi
“Erm...tak ada apa-apa lah...”jawab era dengan selamba...
“Awak nak tak jadi kekasih saya?”Tanya siwon pada era...Dengan ringan je mulut berkata “ya,saya nak jadi kekasih awak”...
Sejak dari itu bermulalah detik-detik bahagia antara siwon dan era...
THE END!!!
Tamat segala cerita yang merepek-repek ni...era harap korang suma suka dengan cerita era walaupon ia tak benar sama sekali...and assalamualaikum...   


kamsahamida for reading this(^_^)like it if you like this...!!!

0 terngangaaa:

 
copyright@era lorr_2011-all right reserved